PRU14: Akujanji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun di DUN N.07 Batang Kali

Akujanji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun di DUN N.07 Batang Kali

Kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tidak boleh dinafikan. Ini dibuktikan dalam produk 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia. 
BN sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.
Manakala untuk menaafaat komuniti luar bandar, BN Selangor terus memastikan agar kemudahan infrastruktur akan diteruskan khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

1. Membina Kolej Kemahiran Vokasional di Sungai Buaya 
2. Mewujudkan kawasan pertumbuhan ekonomi baru perindustrian berteknologi tinggi di Sungai Choh
3.Pembinaan Pelabuhan Darat Inland Port di Sungai Gapi 
4. Menaiktaraf jambatan Sungai Batang Kali untuk mengurangkan kesesakan lalulintas 
5. Mewujudkan Pusat Mengaji Al-Quran di bawah Kerajaan Negeri sepenuhnya 
6. Menyediakan perkhidmatan ambulan percuma 
7. Pusat dialisis percuma DUN 8. Pusat khidmat nasihat kaunseling DUN 
9. Membina Klinik Kesihatan baru di Bandar Bukit Sentosa
10. Menyediakan tanah perkuburan Cina 
11. Tanah Kampung Baru Cina Hulu Yam Baharu berstatus TOL diberi hakmilik individu.
12. Membina Sekolah Menengah Agama Tinggi di Bandar Bukit Sentosa/Bukit Beruntung 
13. Pembinaan Masjid di Taman Bunga Raya 
14. Mengazetkan tanah-tanah perkampungan Orang Asli/ Rayau 
15. Menyegerakan pembinaan SJK(T) Ladang Minyak 
16. Membina gelanggang "Skate Park" untuk orang muda
17. Membina 5 gelanggang futsal




#BersamaBN 
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#BetterSelangor
#TawanSelangor
#N07BatangKali
#MatNadzariAhmadDahlan

Author:

Facebook Comment