Gangguan Bekalan Air di Hulu Selangor Pada 23 Mei Kerana Kerja-kerja Pencucian Tangki Imbangan Sungai Buaya

Gangguan Bekalan Air di Hulu Selangor Pada 23 Mei Kerana Kerja-kerja Pencucian Tangki Imbangan Sungai Buaya
Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 23 Mei ini bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam berikutan kerja-kerja pencucian di Tangki Imbangan Sungai Buaya.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Amin Lin Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada kerja penyelenggaraan demi mengekalkan kualiti bekalan air.

“Kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Buaya Peringkat 1 dan Kampung Sungai Buaya Peringkat 2. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja pencucian secepat mungkin.

“Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 23 Mei,” katanya lagi.




Read More